🕌 PROFESSIONAL TRAINING PROGRAM

Sijil Eksekutif Tadbir Urus
Aset Islam (STAI)

Program Sijil Eksekutif Tadbir Urus Aset Islam merupakan program pembelajaran profesional yang dirangka bagi memberikan kefahaman asas dan praktikal berkaitan pengurusan, pentadbir...

4.7 rating 15 hari Sijil Digital
🎤 COURSE FACILITATOR
🏛️
PP

Panel Pakar Pengajian Islam UniMel

Fakulti Keilmuan Islam & Pusat Pembangunan Profesional

TARIKH
22 Aug 2026
TEMPOH
15 hari
MOD
DALAM TALIAN
YURAN
RM 1,500
SASARAN
Pentadbir organisasi, ...
PENSIJILAN
Sijil Digital

Tentang Kursus

Program Sijil Eksekutif Tadbir Urus Aset Islam merupakan program pembelajaran profesional yang dirangka bagi memberikan kefahaman asas dan praktikal berkaitan pengurusan, pentadbiran serta pemantauan aset menurut perspektif Islam.

Dalam konteks semasa, pengurusan aset yang baik bukan sahaja memerlukan kecekapan pentadbiran, bahkan perlu dipandu oleh nilai-nilai Islam seperti integriti, keadilan, maslahah dan penghindaran daripada unsur penyelewengan serta pembaziran.

Sijil ini memberi pendedahan kepada peserta tentang konsep aset dalam Islam, prinsip pemilikan, pengurusan harta, pematuhan syariah, kawalan dalaman, dokumentasi, audit serta mekanisme tadbir urus yang sesuai diaplikasikan dalam pelbagai institusi.

Program ini menjadi pra-syarat kemasukan ke Ijazah Sarjana Pengajian Islam (Kerja Kursus) bagi calon luar bidang pengajian Islam, serta laluan ke Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Pembangunan Islam dan Ijazah Sarjana Muda Perbankan dan Kewangan Islam melalui APEL-C.

KELEBIHAN PROGRAM

  • Modul lengkap merangkumi asas ilmu pengurusan aset Islam
  • Tenaga pengajar berkelayakan dan berpengalaman dalam bidang pengurusan institusi Islam dan aset Islam
  • Mengimbangi kehendak dan keperluan semasa
  • Pra-syarat kemasukan ke peringkat Sarjana dan Sarjana Muda melalui APEL

MODUL PROGRAM

  1. 1 Tadbir Urus Strategik Zakat
  2. 2 Pengurusan Profesional Wakaf
  3. 3 Pengurusan Faraid dan Wasiat
  4. 4 Pengurusan Takaful dan Risiko
  5. 5 Pengurusan Harta Dalam Islam
  6. 6 Maqasid Syariah dalam Kewangan dan Perbankan
  7. 7 Perancangan dan Pengurusan Kewangan Islam
  8. 8 Audit Syariah untuk Kewangan dan Perbankan Islam
🎯

HASIL PROGRAM

Selepas menamatkan program ini, peserta akan berupaya untuk:

  • Memahami konsep dan prinsip tadbir urus aset menurut perspektif Islam
  • Mengaplikasi prinsip pengurusan zakat, wakaf, faraid dan wasiat
  • Menilai mekanisme takaful, risiko dan audit syariah
  • Merancang pengurusan kewangan Islam yang patuh syariah dan sistematik
👥
SASARAN PESERTA

Pentadbir organisasi, pengurus aset, pegawai kewangan, pegawai institusi Islam, ahli jawatankuasa masjid, koperasi, NGO, syarikat, agensi kerajaan, serta individu yang ingin meningkatkan kemahiran pengurusan aset secara beretika dan patuh syariah

Kursus Berkaitan

Dari kategori yang sama

Lihat semua →
Bayaran Selamat
FPX dilindungi SSL
Sijil Diiktiraf
MIM, MIHRM, ACCA
Sijil Segera
Auto-jana 24 jam
Scan QR Mudah
Tanpa kertas
Universiti Berdaftar
MOHE & MQA