PROMO Diskaun 30% untuk semua kursus IT... Tuntut →
💬 PROFESSIONAL TRAINING PROGRAM

Sijil Kemahiran
Bahasa Arab

Program Sijil Kemahiran Bahasa Arab (SKBA) merupakan program pembelajaran fleksibel yang ditawarkan secara bersemuka dan hibrid bagi membolehkan peserta menguasai kemahiran asas ba...

4.8 rating 0.00 jam Sijil Digital
🎤 COURSE FACILITATOR
📚
DO

Dikendalikan oleh tenaga pengajar yang berkelayakan dan berpengalaman dalam bidang Pengajian Islam.

TARIKH
Akan diumumkan
TEMPOH
0.00 jam
MOD
HIBRID
YURAN
RM 720
SASARAN
Terbuka kepada semua
PENSIJILAN
Sijil Digital

Tentang Kursus

Program Sijil Kemahiran Bahasa Arab (SKBA) merupakan program pembelajaran fleksibel yang ditawarkan secara bersemuka dan hibrid bagi membolehkan peserta menguasai kemahiran asas bahasa Arab secara praktikal, sistematik dan bersepadu. Program ini memberi penekanan kepada pembangunan kemahiran komunikasi, membaca, menulis, serta penguasaan asas nahu dan sarf secara aplikatif bagi membolehkan peserta menggunakan bahasa Arab dalam situasi harian, ibadah dan pembelajaran. Program ini amat sesuai diikuti oleh golongan pekerja, penjawat awam, guru, lepasan sekolah, pesara, suri rumah, usahawan serta individu yang ingin meningkatkan penguasaan bahasa Arab bagi tujuan pengembangan ilmu, pembangunan diri, kerjaya atau persediaan melanjutkan pengajian. Kandungan program disusun secara bersepadu melalui empat modul utama, iaitu Komunikasi Bahasa Arab, Literasi Bahasa Arab, Aplikasi Nahu, dan Aplikasi Sarf. Setelah menamatkan program ini, peserta diharapkan mampu berkomunikasi dalam bahasa Arab pada tahap asas, membaca dan memahami teks bahasa Arab yang mudah, menulis ayat dan karangan ringkas mengikut kaedah bahasa yang betul, mengaplikasikan asas nahu dan sarf dalam penggunaan bahasa, serta meningkatkan kefahaman terhadap bacaan dan ungkapan bahasa Arab yang lazim digunakan dalam ibadah dan kehidupan seharian

KELEBIHAN PROGRAM

  • 1. Menambah Nilai Profesional dan Peribadi
  • 2. Fleksibel dan Mudah Diikuti
  • 3. Lengkap dalam Tempoh Singkat
  • 4. Dikendalikan oleh Tenaga Pengajar Berkelayakan

MODUL PROGRAM

  1. 1 1. Komunikasi Bahasa Arab
  2. 2 2. Literasi Bahasa Arab
  3. 3 3. Aplikasi Nahu
  4. 4 4. Aplikasi Sarf
🎯

HASIL PROGRAM

Selepas menamatkan program ini, peserta akan berupaya untuk:

  • Setelah menamatkan program ini, peserta mampu:
  • 1. berkomunikasi dalam bahasa Arab pada tahap asas, membaca dan memahami teks bahasa Arab yang mudah,
  • 2.menulis ayat dan karangan ringkas mengikut kaedah bahasa yang betul.
  • 3. mengaplikasikan asas nahu dan sarf dalam penggunaan bahasa.
  • 4. meningkatkan kefahaman terhadap bacaan dan ungkapan bahasa Arab yang lazim digunakan dalam ibadah dan kehidupan seharian.

Kursus Berkaitan

Dari kategori yang sama

Lihat semua →
Bayaran Selamat
FPX dilindungi SSL
Sijil Diiktiraf
MIM, MIHRM, ACCA
Sijil Segera
Auto-jana 24 jam
Scan QR Mudah
Tanpa kertas
Universiti Berdaftar
MOHE & MQA