Tentang Kursus
Kursus ini diperkenalkan oleh Fakulti Keilmuan Islam, UNIMEL untuk semua golongan yang berminat meningkatkan kefahaman ilmu pengajian Syariah secara mudah, sistematik dan praktikal. Kursus ini menyediakan laluan pantas dan berstruktur daripada sifar ke tahap akademik dengan mengintegrasikan 6 modul fiqh untuk melayakkan peserta tanpa latar belakang syariah.
Melalui pendekatan pembelajaran interaktif, peserta dapat meningkatkan kefahaman, penghayatan dan aplikasi syariah dalam kehidupan harian serta tahap kompetensi dalam kerjaya.
Program ini membuka peluang kepada laluan akademik melalui APEL-A ke peringkat pengajian lebih tinggi serta menambah nilai kemahiran ilmu dalam bidang syariah.

✦
KELEBIHAN PROGRAM
- Peningkatan kefahaman terhadap ilmu dan aplikasi syariah dalam kehidupan seharian
- Peningkatan tahap pemikiran dalam isu-isu semasa berkaitan syariah
- Laluan ke peringkat pengajian lebih tinggi melalui APEL-A
- Tambah nilai kemahiran ilmu dalam bidang syariah
☰
MODUL PROGRAM
- 1 Pakej A: Pengantar Syariah Islam
- 2 Pakej A: Pengajian Fiqh Ibadat
- 3 Pakej B: Etika Muamalat
- 4 Pakej B: Fiqh Pemakanan Halal
- 5 Pakej C: Sistem Kekeluargaan Islam
- 6 Pakej C: Pengurusan Harta Orang Islam
🎯
HASIL PROGRAM
Selepas menamatkan program ini, peserta akan berupaya untuk:
- Memahami prinsip-prinsip asas syariah Islam dan aplikasinya
- Menguasai fiqh ibadat, muamalat dan pemakanan halal
- Memahami sistem kekeluargaan Islam dan pengurusan harta
- Mengaplikasikan ilmu syariah dalam kehidupan harian dan kerjaya
👥
SASARAN PESERTA
Terbuka kepada semua — tiada syarat latar belakang syariah